Khasiat Soy Protein Untuk Ibu Mengandung
Mendirikan rumahtangga adalah fasa baru dalam kehidupan kita. Satu
fasa yang penuh dengan tanggungjawab dan erti perkongsian antara dua
jiwa. Dan salah satu tujuan utama sesebuah perkahwinan adalah
mengembangkan zuriat. Sudah pasti pasangan suami isteri amat
mengharapkan kehadiran cahayamata untuk menyinari kehidupan suami
isteri bukan.
Apabila sah sahaja mengandung, perkara yang akan terdetik pada hati
seorang ibu terutamanya adalah, " aku kena jaga makan, kena ambil
vitamin supaya baby dalam perut ini sihat". Itulah keihklasan dan kasih
sayang seorang ibu, apa pun sudah pasti anak adalah no 1 dalam
memberikan yang terbaik. Di mana mahu mencari semua itu? Kebiasaannya
pada sesi checkup di hospital, doktor akan membekalkan kita beberapa
vitamin sebagai keperluan semasa mengandung.
Pernah dengar atau tidak semasa mengandung ini ada petua orang lama,
ibu-ibu yang amalkan soya semasa mengandung, nanti anak yang
dilahirkan berkulit putih bersih? Siapa yang tidak mahukan anak
berkulit putih bersih kan? Tapi jangan lupa genetik adalah memainkan
peranan. Bukan putih atau gelap kulit anak itu tapi kulit yang sihat
yang menjadi impian kita. Siapa tidak mahu anak sihat dan cergas bukan?
Semasa mengandung selain dari susu atau kalsium, ibu boleh
mengamalkan mengambil soy protein. Terutamanya bagi ibu yang alah
dengan susu lembu, maka soy isolate protein powder dari shaklee adalah
jawapannya. Rasa soya yang tidak terlalu manis, dan khasiatnya yang
tidak terbanding amatlah sesuai dengan si ibu. Malah apa yang lebih
bagus, ianya sesuai untuk ibu yang menghidap diabetes kerana paras
indexs glisemiknya yang rendah.
KENAPA SOY ISOLATE PROTEIN POWDER MENJADI PILIHAN?
Ianya adalah NON GMO soy protein. Maknanya soya ini adalah
semulajadi, tidak diubahsuai secara genetik. Kebiasaannya ada soya yang
diubah suai secara genetik untuk memberikannya daya ketahanan yang
tinggi semasa ditanam. Supaya ianya tidak mudah diserang perosak,
supaya tahan lebih lama dan ada daya rintangan yang lebih pada keadaan
cuaca yang buruk. Dan soya yang diubahsuai adalah lebih tinggi risiko
buruk pada pengamal di masa akan datang. Jangan sangka semua soya
adalah sama ye. Cuba pastikan dahulu dari mana asal pembuatannya dan
kaedah apa yang digunakan. Jika soya kotak yang menjadi pilihan maka
berhati-hati kerana ianya boleh disimpan bertahun-tahun, maka tidak
hairanlah sudah pasti dicampur dengan pengawet, perasa dan pewarna di
dalamnya. Tidak takutkah kita akan risiko pada bayi?
Indeks glisemik yang rendah iaitu hanya 39, menjadikannya sangat
ideal untuk semua golongan tua atau muda, malah penghidap diabetes juga
mendapat manfaatnya. Kerana penghidap diabetes sangat perlu
mengelakkan makanan yang mengandungi index glisemik yang tinggi.
Soy isolate protein shaklee dicuci dengan air, BUKAN ALKOHOL. Apa
kelebihannya? Bila dicuci dengan alkohol akan menghilangkan manfaat
isoflavon, walhal isoflavon lah sangat bermanfaat dalam merendahkan
paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan penyakit jantung.
Soy Isolate Protein Powder Shaklee adalah dijamin kualitinya. Tidak
mengandungi sebarang pewarna, perisa atau pengawet kerana ia dikawal
ketat menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagi
Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikn kacang soya bebas dari
pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehinggalah ditinkan dan
selamat diminum oleh anda.
Berikan yang terbaikdan amalan pemakanan yang baik semasa mengandung
amatlah penting kerana dari dalam perut ibu segalanya bermula.
Pertumbuhan bayi yang pesat perlu seiring dengan pemakanan yang baik.
Tiada guna kita belikan yang terbaik dari segi luaran sahaja tetapi
dalaman tidak terjaga. Begitu teruja untuk membeli kelengkapan
kelahiran seperti pakaian bayi, baby coat, lampin dan sebagainya tapi
terlupa untuk menjaga pemakanan selama 9 bulan yang indah ini. Andalah
ibu prihatin dan tahniah kerana membuat pilihan yang terbaik untuk si
manja anda.
0 comments:
Post a Comment