ESP SESUAI JUGA UNTUK MEGHILANGKAN Stretch Marks Pada Ibu Mengandung
Stretch Marks Tidak Mampu Dielak Ibu Hamil
Kesan regangan kulit atau lebih dikenali sebagai stretch marks
biasanya timbul dikalangan wanita hamil yang memasuki peringkat
trimester kedua atau ketiga. Pada masa ini , perut ibu hamil semakin
membesar bagi memberi keselesaan kepada janinnya. Sesetengah wanita
akan mengalaminya di bahagian punggung, paha dan payu dara.
Stretch marks berpunca apabila tisu yang menyokong bawah kulit mulai
menganjal. Ia boleh dikesan melalui warna yang bertukar menjadi sedikit
merah kecoklatan, merah jambu, ungu ataupun coklat gelap bergantung
kepada kulit anda. Lama kelamaan warnanya menjadi pudar, namum ia tidak
akan menghilang.
Tanda-Tanda
Tanda-tanda ibu hamil bakal mengalami stretch mark ini sebenarnya
sukar hendak diramal. Sekurang-kurangnya separuh daripada wanita hamil
akan mengalami keadaan ini. Namum tiada siapa yang dapat memastikan
dengan tepat mengapa sesetengah wanita hamil mengalaminya sementara
sesetengah lagi tidak.
Stretch mark juga bergantung kepada berapa banyak dan berapa cepat
kulit anda mengembang sepanjang kehamilan. Terdapat beberapa faktor yang
boleh menyokong berlakunya stretch mark kepada ibu hamil. Antaranya,
kenaikan berat badan yang mendadak, mengandungkan anak kembar,
mengandungkan bayi yang besar dan air ketuban yang banyak.
Cara Menghalang
Malangnya tiada apa yang boleh anda lakukan. barangkali , tidak
membiarkan berat badan berlebihan sewaktu hamil boleh membantu
mengurangkan peluang memperoleh stretch mark. Krim ataupun minyak
tertentu yang diperakui dapat menghalang stretch mark juga tidak begitu
memberi kesan malah tiada bukti khusus mengenainya.
Boleh Ia Hilang?
Biasanya stretch mark semakin mengecil selepas 6 ke 12 bulan sebulan
selepas kelahiran. Pigmentasi warna pada stretch mark akan pudar dan
biasanya ia menjadi lebih cerah berbanding permukaan kulit anda
(bagaimanapun warna itu bergantung kepada jenis kulit seseorang) namum
teksturnya masih kekal sama.
Anda boleh mengambil ESP shaklee semasa mengandung dan selepas
melahir kan anak.InsyaAllah stretch mark pada perut ibu akan pudar
sekiranya konsisten dengan pengambilan ESP.
0 comments:
Post a Comment